Saturday, April 23, 2011

bicara jiwa

dinda
ia terinspirasi dari sebuah mimpi
mimpi yang tak terjadi
dan takkan terjadi
selama aku masih di sini
hanya mampu aku harapkan
dinda mencapainya dalam khayal
dalam mimpi alam ciptaan
di tangan seorang penulis kacamata
berusung rindu pada sebuah bahagi
yang tak pernah ujud
pengiring cinta
yang tak pernah termilik
menyayu hati
terhiris dalam gerimis
sebuah cita tak tergapai

Monday, April 18, 2011

kerana cinta bahagia

aku ingin cinta
tapi siapa mahu berikan
pada aku yang hanya seorang
gadis tanpa punya apa
sekadar pinjaman dari dia
paras rupaku sungguh sederhana
suaraku tak cukup enak untuk diminum
wajahku tak cukup manis untuk dikulum
tingkahku tak cukup menyejukkan segelas air
tubuhku tak cukup menghangatkan sekeping roti subuh hari
yang aku punya sekadar
hati yang selalu terluka dan melukai
aku cinta dia dia tak cinta aku
bila ada yang cinta aku
ada pula yang menghalang
jadi kata putusku
jumpa orang tuaku
dan terus kita ikat dengan nikah
mudah dan murah
tapi aku tidak semurah itu
maruah seorang gadis bukan pada harga maskawin
tapi nilai sebuah perkahwinan

dunia tak seindah dongengan

awal pagi aku dapat mesej dari dia. dia yang baru saja meleraikan ikatan dengan aku setelah tiga bulan bersama walau sekadar dari jauh. ya sekadar berhubung dari jauh. malah dalam bulan pertama kami hanya berhubung untuk minggu pertama sahaja, dia menemani aku ketika di hospital, menjaga adikku yang sakit sejak berada di indonesia.

ya aku tahu dia bukan milikku seorang. aku sedar sikapnya tapi aku sayang dia.

walaupun antara kami kini hanya kawan tapi aku masih selesa berbicara dengan dia.

ya jauh beza usia kami berdua tapi mungkin kematangan aku yang terlebih usia menyebabkan lelaki tidak sampai hati menyakiti aku. mungkin kerana usia aku yang terlalu muda maka mereka berfikir aku ini lebih baik digandingkan dengan orang yang lebih muda dari mereka.

hakikatnya aku tidak pernah kisah tentang usia. aku tidak pernah kisah tentang rupa. didikan ayah dan bunda membuatkan aku menerima kekurangan dan kelebihan setiap orang itu sebagaimana adanya mereka.

jarang sekali aku bergaduh dengan sesiapa melainkan mereka sendiri yang mencari gaduh dengan aku. misalnya seseorang yang mahukan aku memanggilnya dinda dan dia memanggilku kanda. maaf tapi kamu tak layak. setelah kamu cuba mencuri hasil kerja keras aku kamu mahu tempat itu dalam hati aku? sila pergi sebelum aku halau kamu secara kasar.

aku dinda. aku tak punya apa melainkan fikir akal kurnia. juga tangan kaki lengkap anggota. itu semua yang aku ada. juga satu nyawa yang aku pinjam dari pencipta.

aku mahu teman tapi barangkali masanya belum tiba. kalau dulu adam mencari teman hidup sekarang aku pula keturunannya dari bani hawa yang menanti. apa dayaku gadis tak punya dan tak berpunya apa.

Friday, April 15, 2011

lara hati

lama benar rupanya tidak mencoret di dunia dinda

ya benar aku sungguh sibuk akhir-akhir ini

dengan dunia yang tak tentu lagi bakal menjanjikan

syurga untuk aku

di dunia atau di sana

tak tentu arahku ini sebenarnya

hakikat hidup yang aku cari belum lagi terlihat jelas di mata aku

yang itu aku kejar hingga dapat

sekejap cuma bahagianya lantas pahit terpaksa aku telan

dan berulang lagi

aku sekadar mencicip di atas sedangkan yang besar di bawahnya tidak dapat langsung aku sentuh

berulang kali terjadi begini

apa rasa hati aku

apa jadi dengan minda bawah sedar aku

percaya dalam diri aku ini

sudah luput sebenarnya

pada siapa pun

pada apa pun

barangkali untuk mengingatkan aku bahawa pencipta itu ada

dan tak pernah meninggalkan aku

Wednesday, March 23, 2011

mungkin ini yang kamu perlukan





Adam - Tak Seiring Bibir


duduklah sayang kita perlu berbincang
walaupun gugup ku ingin berterus terang
ku rasa lilin cinta yang pernah menyala
sudah dihembus terus kerana gelapnya jiwa

tiada ertinya sesama kita berpura dan melakonkan cinta

bila setiap tutur kata tak luhur tak bermakna
sedangkan di jiwa dapat merasai
cinta di hati tak seiring bibir

bukannya semalam ku kenali dirimu
dan hari ini kau dah tak seperti dulu
memang tak ku nafikan cinta pernah menyerlah
dan tak ku nafikan kini ia tinggal sejarah

tiada gunanya menaruh harapan yang tinggi pada ikrar janji

bila setiap tutur kata tak luhur tak bermakna
sedangkan di jiwa dapat merasai
cinta di hati tak seiring bibir

biar ku berundur
cinta dah berkubur
usahlah bersedih berair mata
cinta dah meninggalkan kita

bila setiap tutur kata tak luhur tak bermakna
sedangkan di jiwa dapat merasai
cinta di hati tak seiring bibir

Sunday, March 13, 2011

imaginasi gila dinda

"Fareda," bisik Mijae. Darah mereka sudah bercampur di atas tanah yang asalnya berdebu.
"Mijae.."
"Jangan menyerah, Fareda,"
"Tolong jagakan bunda,"
"Fareda, jangan bicara yang tidak-tidak,"
MIjae meletakkan tangannya pada kesan luka di tubuh Fareda. Darah masih membuak-buak. Kesan tusukan Ailiff di tubuhnya sendiri tidak dipedulikan.
Mata Fareda terpejam rapat. Nafasnya semakin lama semakin pendek. Bibirnya membisikkan tasyahud.
"Fareda,"
Mijae melepaskan genggaman tangannya. Tubuh Fareda terkulai di pangkuan Mijae.
"Syahdu sekali," desis Ailiff.
Mijae tidak membalas.
"Sekarang kau akan menyaksikan pembunuhan yang sebenarnya,"
Fida dibawa kembali ke hadapan MIjae. Dia langsung tidak melawan seolah-olah dipukau. Hanya riak matanya menunjukkan bahawa dia masih sedar apa yang berlaku.
Ailiff mengeluarkan sebuah botol kecil dari sebalik bajunya.
"Tuanku Permaisuri," bisik Mijae. Dia cuba bangun, tetapi tenaganya sudah benar-benar hilang.
Ailiff menyuakan botol kecil itu ke mulut Fida. Kali ini Fida membantah. Wajahnya dilarikan. Qushairy membiarkan sahaja Ailiff mengendalikan kerenah Fida.
"Tidak ada gunanya," kata Ailiff.
Beberapa ketika kemudian, Ailiff hilang sabar.
"Qushairy," getus Ailiff.
Qushairy menolak tubuh Fida ke arah pohon. Tangan kirinya mengunci tubuh Fida di situ sementara tangan kanannya menahan rahang Fida.
Mijae hanya mampu melihat.
Ailiff mengambil kembali pedang yang baru dicacakkan ke tanah dan menyerahkannya ke tangan kanan Qushairy.
"Ini akan mengurangkan tempoh kesakitan yang akan Tuanku rasakan," kata Ailiff.
Qushairy melepaskan tangan kirinya dan membiarkan Fida jatuh ke tanah. Pedang di tangan kanannya dicacakkan di tubuh Fida, tepat mengenai jantung sang permaisuri.
Mijae memejamkan mata, tidak sanggup menyaksikan satu lagi kematian di tangan sepasang pengkhianat.
"Sekarang giliran kau,"
Mijae terasa tubuhnya ditolak dengan kasar. Nafasnya dihela dalam. Kesakitan yang menjalar di seluruh tubuhnya membuatkan Mijae kehabisan nafas. Pandangannya semakin kelam.

diari dinda

YA RAHMAN YA RAHIM
padaMU juga ku mohon kebahagiaan
ku titipkan cintaku menghadapiMU
...agar diberi restu dan diberkati
ku usungkan cintaku padaMU
suka dukaku ku adukan padaMU
KAU hilangkan kasih seorang ayah
KAU gantikan kasih seorang kekasih
terima kasih YA RABB
tak terhingga ucapan syukur ini..
dalam diam aku memohon
meminta padaMU tanpa malu dan segan
berikanlah aku kejayaan..
dalam layari erti cinta kali ini
sesungguhnya takdir ditanganMU
qada dan qadarku di sisiMU
YA LATIF
padaMU ku serahkan pengabdian
ku serahkan impian dan harapan
agar apa yang dimiliki berkekalan
ku mohon padaMU TUHAN
berikanlah kesejahteraan untuk dirinya yang ku cintai
berikanlah dirinya kebahagiaan dan ketenangan
dan ku mohon padaMU YA TUHAN
lindungilah dirinya di setiap perjalanan
yang menjadi laluan dan titian
semoga dirinya sentiasa diberkati dan dirahmati
sisipkanlah dihatinya yang diri ini amat mengasihi dirinya..
AMIN YA RABBAL ALAMIN..



>> terima kasih kepada as salam kerana mengingatkan dinda
bahawa kasih sayang Allah itu tidak bertepi
dihilangkannya satu digantikan dengan yang lain
yang di atas ini semuanya diambil bulat-bulat dari komen as salam yang membuatkan dinda menangis
terima kasih as salam
kamu memang teman yang baik