Sunday, March 13, 2011

imaginasi gila dinda

"Fareda," bisik Mijae. Darah mereka sudah bercampur di atas tanah yang asalnya berdebu.
"Mijae.."
"Jangan menyerah, Fareda,"
"Tolong jagakan bunda,"
"Fareda, jangan bicara yang tidak-tidak,"
MIjae meletakkan tangannya pada kesan luka di tubuh Fareda. Darah masih membuak-buak. Kesan tusukan Ailiff di tubuhnya sendiri tidak dipedulikan.
Mata Fareda terpejam rapat. Nafasnya semakin lama semakin pendek. Bibirnya membisikkan tasyahud.
"Fareda,"
Mijae melepaskan genggaman tangannya. Tubuh Fareda terkulai di pangkuan Mijae.
"Syahdu sekali," desis Ailiff.
Mijae tidak membalas.
"Sekarang kau akan menyaksikan pembunuhan yang sebenarnya,"
Fida dibawa kembali ke hadapan MIjae. Dia langsung tidak melawan seolah-olah dipukau. Hanya riak matanya menunjukkan bahawa dia masih sedar apa yang berlaku.
Ailiff mengeluarkan sebuah botol kecil dari sebalik bajunya.
"Tuanku Permaisuri," bisik Mijae. Dia cuba bangun, tetapi tenaganya sudah benar-benar hilang.
Ailiff menyuakan botol kecil itu ke mulut Fida. Kali ini Fida membantah. Wajahnya dilarikan. Qushairy membiarkan sahaja Ailiff mengendalikan kerenah Fida.
"Tidak ada gunanya," kata Ailiff.
Beberapa ketika kemudian, Ailiff hilang sabar.
"Qushairy," getus Ailiff.
Qushairy menolak tubuh Fida ke arah pohon. Tangan kirinya mengunci tubuh Fida di situ sementara tangan kanannya menahan rahang Fida.
Mijae hanya mampu melihat.
Ailiff mengambil kembali pedang yang baru dicacakkan ke tanah dan menyerahkannya ke tangan kanan Qushairy.
"Ini akan mengurangkan tempoh kesakitan yang akan Tuanku rasakan," kata Ailiff.
Qushairy melepaskan tangan kirinya dan membiarkan Fida jatuh ke tanah. Pedang di tangan kanannya dicacakkan di tubuh Fida, tepat mengenai jantung sang permaisuri.
Mijae memejamkan mata, tidak sanggup menyaksikan satu lagi kematian di tangan sepasang pengkhianat.
"Sekarang giliran kau,"
Mijae terasa tubuhnya ditolak dengan kasar. Nafasnya dihela dalam. Kesakitan yang menjalar di seluruh tubuhnya membuatkan Mijae kehabisan nafas. Pandangannya semakin kelam.

No comments:

Post a Comment