Monday, April 18, 2011

dunia tak seindah dongengan

awal pagi aku dapat mesej dari dia. dia yang baru saja meleraikan ikatan dengan aku setelah tiga bulan bersama walau sekadar dari jauh. ya sekadar berhubung dari jauh. malah dalam bulan pertama kami hanya berhubung untuk minggu pertama sahaja, dia menemani aku ketika di hospital, menjaga adikku yang sakit sejak berada di indonesia.

ya aku tahu dia bukan milikku seorang. aku sedar sikapnya tapi aku sayang dia.

walaupun antara kami kini hanya kawan tapi aku masih selesa berbicara dengan dia.

ya jauh beza usia kami berdua tapi mungkin kematangan aku yang terlebih usia menyebabkan lelaki tidak sampai hati menyakiti aku. mungkin kerana usia aku yang terlalu muda maka mereka berfikir aku ini lebih baik digandingkan dengan orang yang lebih muda dari mereka.

hakikatnya aku tidak pernah kisah tentang usia. aku tidak pernah kisah tentang rupa. didikan ayah dan bunda membuatkan aku menerima kekurangan dan kelebihan setiap orang itu sebagaimana adanya mereka.

jarang sekali aku bergaduh dengan sesiapa melainkan mereka sendiri yang mencari gaduh dengan aku. misalnya seseorang yang mahukan aku memanggilnya dinda dan dia memanggilku kanda. maaf tapi kamu tak layak. setelah kamu cuba mencuri hasil kerja keras aku kamu mahu tempat itu dalam hati aku? sila pergi sebelum aku halau kamu secara kasar.

aku dinda. aku tak punya apa melainkan fikir akal kurnia. juga tangan kaki lengkap anggota. itu semua yang aku ada. juga satu nyawa yang aku pinjam dari pencipta.

aku mahu teman tapi barangkali masanya belum tiba. kalau dulu adam mencari teman hidup sekarang aku pula keturunannya dari bani hawa yang menanti. apa dayaku gadis tak punya dan tak berpunya apa.

No comments:

Post a Comment