Wednesday, July 14, 2010

sunyi pada aku

sunyi pada aku
cahaya inspirasi
meski dalam kelam malam ini
aku sendiri melihat dunia
dan merungkai bait kata
berteman suka lara
bermain bicara
dalam terang minda
mengulit tenang hati
berbaur sendu mimpi
kerana
aku sendiri..

Friday, June 25, 2010

tolonglah..

tolong baca sehingga habis setiap entri yang anda baca

entri di setiap halaman tidak mesti entri si pemilik ruang

jangan pernah buat konklusi sebelum tamat bacaan

sila tinggalkan pemikiran stereotype

tak semua orang sama dan tak akan ada manusia yang sama dengan semua orang


notabuku:
1. aku tengah emo. tolong maafkan kekasaran aku.

Friday, June 18, 2010

teman, maafkan

aku pinta maaf kamu, teman
aku tahu kamu luka
aku tahu aku bikin kamu sakit
aku pinta maaf kamu, teman

aku manusia
aku juga punya dosa
aku bukan sengaja
lukai kamu
sakiti hati itu, teman

aku tahu kamu sendiri
jadi aku mahu teman kamu
izinkan aku, teman
maafkan aku

Monday, June 14, 2010

aku cuba

aku minat kru sejak dulu. bukan minat pada kru kerana aku tak tahu apa itu kru. aku hanya tahu lagu kru. sekarang kru sudah menaungi ramai artis. dari zaman anita sarawak, aznil nawawi, billy zulkarnain, adam, dafi dan entah berapa ramai lagi. kemungkinan paling besar kini adalah shahir af8. ya, mungkin saja kerana pengetua af8 jelas-jelas menunjukkan sikap positif terhadap perkembangan shahir.

banyak aku membebel kali ini bukan? bukan apa. aku baru saja selesai membuka album kru - luar biasa. ya. album itu sudah lama, tetapi aku belum habis menggodek lagi. godek sana sini. aku mahu album dalam mp3. jadi aku muat turun atau download mp3 tersebut dari laman www.mediafire.com. tidak rugi setiap kali aku ke sana kerana memang berbaloi-baloi.

aku masih belajar dan belajar perlu wang. aku tak faham. ibu tanya wang ptptn aku sudah masuk atau belum. pasti untuk meminjam buat membayar yuran pendaftaran adik aku nanti. tapi nanti bila ibu akan bayar? aku tidak faham. gaji ayah besar dari gaji ayah teman-temanku tapi aku yang kebuluran setiap akhir semester. aku punya banyak adik tapi temanku punya lebih banyak adik dari aku. kenapa dia tidak perlu kerja dan aku perlu kerja separuh nyawa?

aku dinda. aku tidak lagi punya kanda. sudi jadi kekanda aku?

Friday, June 11, 2010

ini aku

aku menangis sendiri tanpa ada yang tahu
aku tercarik hingga terpaksa aku
mengutip cebisan hati bercicir
sakitku tak dapat ditelah
pedihku tak dapat dicegah
tapi aku masih
tetap aku di sini

hati aku robek
bukan melihat hasil tak seberapa dari pengorbananku
tapi kerana cercaan
dari dulu tidak pernah
berhenti walau sesaat

aku tak mampu menjadi kamu
aku tak mahu menjadi kamu
jadi jangan jadikan aku kamu yang kedua
kerana satu kamu sudah cukup untuk dunia

Monday, May 17, 2010

asap berkepul-kepul

aku tinggal dalam kampus. sejak pertengahan remaja aku habiskan dalam kampus. ayah staf universiti dan ibu surirumah separa masa.

cuti semester. aku kerja. kerja juga aku dalam kampus. kerja kafeteria kampus. universiti taraf dunia.

tapi aku kesal. asap berkepul-kepul. keluar dari dua tempat di pos kerjaku. di dalam dapur dan di luar dapur.

masuk ke kampus, ada tulisan. tulisan yang aku pasti semua warga kampus tahu. dari yang baru pandai membaca hingga ke usia pencen. dari yang baru merangkak-rangkak mengeja di tadika hingga yang sudah menulis jurnal berbahasa inggeris yang sudah dibaca dunia.

kampus ini adalah kawasan larangan merokok

aku tak faham. mereka mahu bunuh diri, tapi mereka juga hampir bunuh aku.

aku tak faham. mereka intelektual tanpa otak atau tanpa akal?

aku tak faham. universiti taraf dunia konon.