Sunday, February 27, 2011

kisah aku si skizo


pertama kali aku benar-benar mengalami halusinasi, aku sedang menulis dengan sangat fokus dan khusyuk. aku sukakan perkataan, sukakan bahasa. seperti kata orang berlidah amerika, writing is my passion. aku sukakan linguistik. aku punya kemahiran linguistik yang tinggi. dan secara tiba-tiba ia berlaku.

segalanya gelap gelita. dan kemudian datang satu cahaya. semakin besar. dan semakin terang.

aku nampak wajahku sendiri. sedang duduk di atas katil [berpakaian lengkap], melihat ke arah sesuatu.

dan kemudian aku nampak dia. dia yang aku panggil cinta pertama aku. cinta pertama yang tahu aku sangat menyayanginya tapi aku tak pernah mengaku mencintainya melainkan selepas beberapa minggu meninggalkan alam persekolahan. itu pun tidak pernah aku katakan kepadanya.

dia sedang menghadap sebuah cermin besar, memandang ke arahku dengan wajah yang boleh aku baca bahawa dia perlukan sesuatu daripada aku. dia sedang mengatur tali lehernya. mungkin bersiap untuk pergi kerja.

aku fikir aku tak faham langsung apa yang berlaku ketika itu. halusinasi berlaku lebih kurang lima minit dan aku sedang menulis. aku tak tahu berapa lama sebenarnya.

itu yang pertama. [aku takkan bercerita tentang mimpi aku di sini. itu bukan untuk tontonan umum. mimpi adalah mimpi dan yang aku ceritakan ini adalah halusinasi di waktu aku jaga.]

kemudian baru aku perasan aku bercakap dengan seseorang yang sebenarnya aku sendiri tidak melihatnya. aku bercakap dengan diriku sendiri seolah-olah aku ada dua diri. ya, aku panggil dia anis. dan nama itu juga aku gunakan untuk hasil tulisan maya aku. nama maya aku.

dan beberapa kali sewaktu teman-temanku menyebut nama dia di hadapan aku dan ketika itu aku tidak terlintas langsung tentang dia, tiba-tiba saja halusinasi itu berlaku. tetapi situasinya lain-lain dan hanya beberapa saat. terkadang cuma menggambarkan dia sedang berjalan seorang diri. tetapi apabila seorang gadis jatuh cinta, apa saja yang dilakukan oleh orang yang dicintainya akan membuatkan dia merasakan satu perasaan pelik dalam hatinya.

tapi aku tak tahu bila masanya aku mula jadi panas baran. ya, aku panas baran sebenarnya tetapi aku cuma menyimpan perasaan itu di dalam hatiku.

mengutip kata-kata warden asramaku yang ibu sampaikan,
"dia ni pelik, tapi tak ganggu orang,"

well, she similarise me with that boy, actually. seriously. i know and i heard some from her, teasing me that the boy is handsome and so and so. tapi dia bukannya handsome pun. he's not that handsome guy. he's just the guy i thought i hate but the truth is that i love him thaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat much.

she called that boy crazy - memang ada pun surat doktor dan satu kotak ubat penenang jiwa pelbagai jenis dalam simpanannya. and similarize me with him? seriously.

dan seorang teman maya gelar aku psiko. ok. aku kata aku memang psiko. aku memang psiko.

yes, i started growing schizophrenic characteristics since my first love.

dan bertambah teruk apabila keadaan meruncing. aku, dia dan dua orang teman sekelas yang aku malas sebut namanya. hanya kami tahu siapa kami. kami dipanggil ke bilik kaunseling - tempat lepak kami kerana kebanyakan pelajar kelas aku ahli prs.

kaunselor yang berat sebelah. aku tak mampu berkata apa-apa selepas dia - that boy - habis bercerita dan aku tak mampu mempertahankan diri. dia kelihatan seolah berada di pihak yang benar pada pandangan kaunselor itu tapi aku tak mampu nak ceritakan apa yang sebenarnya berlaku.

aku lega sangat terlepas dari matapelajaran yang paling aku tak suka - pjk.

aku masuk ke kelas ketika waktu bahasa arab tinggi. ya, ustaz yang mengajar bahasa arab tinggi itu - dan isterinya yang mengajar subjek syariah islamiyah - menyokong ayah dan ibu. aku hampir berpindah ketika berada di tingkatan lima dan spm semakin hampir. entah apa yang mereka fikirkan aku tak tahu.

tekanan demi tekanan. dia dikatakan akan berpindah ke sekolah lain, kalau tak salah aku di tasek. dan teman baikku yang terlibat sama bertukar kelas - juga hampir bertukar sekolah. dan ayah ibu selalu salah faham. warden marahkan aku kerana ayah memandu kereta sehingga ke atas padang - satu kesalahan besar - dan boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan disiplin tapi ibu memahaminya sebagai aku yang melakukan kesalahan kerana bertemu dengan teman baikku (?)

ya, gadis itu bukan seorang gadis yang perfect. tidak ada sesiapa pun yang benar-benar perfect. masalah yang dihadapi teman baik aku ni bukan kerana sikapnya. tetapi kerana dia ada masalah keluarga dengan warden aku itu. ayahnya pernah melakukan sesuatu yang membuatkan warden itu terpaksa bertukar ke sekolah aku itu, kerana kesalahan warden itu.

oleh sebab itu apa juga yang dilakukan teman baikku ini akan menyusahkan orang di sekelilingnya - kerana warden itu. sesiapa saja yang cuba mendekati dia akan dimusnahkan reputasinya. ya, reputasi aku musnah.

kalau bukan kerana kesabaran aku yang berlebihan aku tidak akan sempat mencoret ini. aku sebenarnya beberapa kali cuba membunuh diri. dan sampai sekarang pisau yang aku gunakan itu aku simpan. aku pegang, genggam seeratnya supaya tanganku itu tidak ke mana-mana. aku lepaskan tekanan pada pisau itu supaya aku tidak sempat melakukan sesuatu yang membuatkan sesiapa pun tercedera.

all the thing i want for my death is so that it would be so painful and slow death. a knife wont help.

i'm talking [writing] seriously here. i dont care what you're gonna say anymore.

dan aku pernah terfikir hendak membunuh teman sebilik aku yang tak faham bahasa. ada bilik studi disediakan dan dia studi di bilik sampai pagi. aku tidak dapat tidur dalam keadaan lampu terbuka kalau aku terlalu letih. aku pulang dari prep pada pukul 11 dan dia baru bangun. [ya, dia ponteng prep dan aku sembunyikan saja. kolej kami adalah satu-satunya kolej yang ada prep dalam dunia mungkin. macam budak sekolah.] dia balik dari solat isyak dan terus tidur. kemudian bergantung kepada kopi untuk kekal berjaga sehingga pukul 6 pagi. aku cuma ada waktu tidur dari 6 hingga 7 pagi setiap hari. dan ini berlaku selama sebulan lebih.

sebulan lebih dan aku cuma tidur tidak sampai 30 jam. siapa pun akan jadi gila dalam keadaan itu. aku pernah cuba tidur di pantri, di bilik seterikaan. memang gila dibuatnya.

dan akhirnya pada satu hari aku benar-benar menakutkan dia - tanpa niat. aku pulang dari prep malam dan dia sedang tidur mati di bilik dengan teman baiknya. loceng kecemasan kebakaran sedang berbunyi nyaring dan aku tahu tak mungkin dia dapat mendengar beberapa panggilan yang aku buat. buat pertama kali dalam sejarah aku tinggalkan kunci di bilik.

aku tenang saja. aku tunggu sehingga jam 12. sejam dalam keadaan aku keletihan sejak pagi. dan dalam keadaan tekanan bunyi bising.

kemudian aku turun ke bawah mencari batu-bata. ya. batu-bata. tenang saja. aku masih mampu kawal emosi aku supaya tidak naik ke puncak.

aku ketuk tombol pintu dengan batu sehingga pecah. ketika itu baru dia terjaga dengan wajah pucat ketakutan dan baru bangun tidur. dia benar-benar takut. aku langsung tak tunjuk apa-apa reaksi dan terus ke katil. hampir semua pelajar aras kami menyaksikan apa yang aku lakukan. termasuk ketua aras. [aku setiausahanya.]

selepas itu selama seminggu teman sebilikku itu langsung tidak bercakap denganku. sedangkan aku malam itu tertawa terbahak-bahak di atas katilku. aku benar-benar kelucuan melihat tingkah dia. tapi bahakku itu aku terpaksa tahan dengan menekup mulut dan menyembunyikan wajah aku.

aku tak tahu, aku langsung tidak marah kepada dia hari itu. dan selepas seminggu lebih, hari jumaat dia berpindah ke sebuah bilik yang baru dikosongkan penghuninya.

hari jumaat. aku ingat kerana pada hari dia berpindah aku menghadiri bimbingan puteri di masjid kolej dan ada temanku yang bercakap tentang menjaga hati roommate; aku tahu itu ditujukan kepada teman sebilik aku itu.

memang gila bila difikirkan semula. memang gila. aku tak tahu apa yang mendorong aku senekad itu. dan tanpa perasaan.

hei hei hei.. ini semua gejala skizofrenia kan?

ya, aku sudah baca tentang skizofrenia sejak zaman sekolah. ketika itu ayah suruh aku cari maklumat tentang psikologi anak-anak awal remaja kalau tak silap aku dan aku - hantu buku - terus menjelajah sampailah aku terjumpa perkataan skizofrenia. dalam banyak-banyak perkataan aku cuma tertumpu pada perkataan skizofrenia. aku scan informasi itu dan aku dapati ciri itu ada pada aku. bukan satu, bukan dua tetapi kebanyakan daripadanya memang ada pada aku.

ayah mengamuk habis apabila nampak aku baca artikel tentang skizofrenia. dia terus suruh aku tinggalkan komputer dan macam-macam lagi yang dibebelkannya. kata orang yang ada skizofrenia itu orang gila, bercakap sendirian bla3 [ketika ini ayah belum tahu aku selalu bercakap sendirian] dan secara tidak langsung merujuk kepada diri aku.

sejak itu aku tak mahu baca apa-apa artikel di depan ayah. tapi satu yang aku tahu, ayah aku seorang paranoid. kalau tak manakan aku ada stalker yang menyibuk baca blog aku. aku tahu ada stalker di luar sana. dan buka blog aku di pejabat?

aku tahu ayah buka blog aku di pejabat [aku tahu tak mungkin ayah subscribe rss feed] kerana pernah sekali [sekali lagi pada hari jumaat] ayah pulang ke rumah dalam keadaan tertekan, marah-marah kerana entri yang aku baru post - sedangkan entri itu cuma aku copy-paste dari blog seorang teman dan aku sertakan linknya di situ.

dan itu pun aku sudah tapis bahasanya kerana teman aku itu memang selalu mencarut dalam blognya termasuk dalam entri itu. aku potong semua carutannya dan tata sehingga sesuai dengan laras bahasa yang aku gunakan. [dalam kehidupan harian malah aku tak pernah gunakan "aku" melainkan aku bercakap kepada anis.]

satu aku pesan kepada semua yang terlibat. ya ini kisah hidup aku. yang benar. ini yang benar. dari sudut pandangan aku.

jangan nafikan kebenaran. tidak ada manusia yang benar-benar sempurna.

manusia itu saling melengkapi, dan aku sedang mencari seseorang untuk aku lengkapi hidupnya dengan sepenuh jiwa aku, dan dia pasti akan melengkapi aku. siapa saja cukup bagi aku asalkan dia punya tanggungjawab [tiba-tiba jadi pesanan buat bakal suami aku] aku tidak pernah mendambakan satu kehidupan yang semua kehendak aku dipenuhi dengan wang, makanan, anak-anak, segala yang dibanggakan oleh wanita.

cukup kalau aku punya seorang suami yang boleh aku sayangi dan tidak putus asa melayan kerenah aku yang kadangkala - oh, bukan kadangkala tetapi hampir setiap masa - membuatkan ayah aku mengamuk.

maafkan aku kerana aku memang tidak sempurna. aku cuba jadi sesempurna mungkin, cuba jadi sebaik-baik wanita seperti doa ayah dalam namaku yang sebenar [aku bencikan namaku yang sebenar 1 - kerana orang selalu tersilap sebut, tulis, baca, eja. 2 - kerana disebabkan nama itu ayah menganggap aku sempurna segalanya. sakit aku lapar aku semuanya susah ayah percayai. sampaikan kalau aku benar-benar tidak mampu bangun pun aku harus bangkit dan paksakan diri aku]

aku pernah tidak sentuh nasi – dan maggie – selama seminggu – baru lagi berlaku. dan pernah juga aku cuma makan bubur sekali sehari selama sebulan – itu pun untuk menyedapkan hati teman serumah aku.

aku memang cintakan dia yang aku panggil cinta pertama tapi aku tahankan cinta itu. aku tahankan sehabis daya. kerana bagi aku cinta aku hanya untuk suamiku.

aku tidak pernah memberikan hati aku kepada dia sepenuhnya kerana aku tidak mahu dia memijak hatiku itu sehingga hancur berkecai.

ya, setelah dia pergi [bukan pergi, dia dan aku terpisah kerana tamat sekolah] aku mencuba melupakannya. aku cuba untuk tidak mengingatinya langsung. aku abaikan perasaan aku terhadap satu apa pun.

aku memang pernah menangis kerana dia, tetapi bukan kerana aku cintakan dia. aku menangis kerana dia menjadi penyebab aku hampir dibuang sekolah. kerana teman baik aku juga. siapa saja yang rapat dengan mereka berdua akan berhadapan masalah besar di sekolah itu.

aku mula buat masalah disiplin - keluar tanpa menulis nama dalam buku log, tapi pada waktu keluar yang benar; bawa telefon bimbit ke sekolah, bawa radio ke sekolah - setelah pelbagai kesalahan orang ditimpakan ke atas aku untuk menanggungnya - datang bukan pada waktu melawat, hantar aku pulang lewat dari waktunya, menceritakan benda yang lain daripada yang aku ceritakan kepada warden. alang-alang namaku sudah tercemar dan aku ditimpakan salah yang tidak aku buat, biar aku sendiri yang buat kesalahan. puas hati aku.

yang paling pelik, aku pernah hampir dipanggil ke bilik disiplin kerana ada seseorang membaca diari aku.

hei, aku boleh denda kamu kerana baca diari aku. aku boleh adukan ke mahkamah dan kamu boleh disaman.

yang membaca diari aku - guru disiplin. aku hairan, di mana disiplinnya? diari aku bukan untuk dibaca sebarangan orang. hanya untuk aku – dan adik angkat aku yang aku benar percayakan dia tak menceritakannya kepada sesiapa pun. ya, sampai sekarang dia tak pernah ceritakan kepada sesiapa.

memang aku tinggalkan di luar tandas perempuan kerana aku tulis di setiap awal diari aku dua benda.

hawa

bermaksud yang hidup.
juga nama isteri nabi adam a.s
bla3 -ada lima baris semuanya, kalian boleh jumpa di rantai kunci nama “hawa”-

dan basmalah - bismillahirrahmanirrahim-

1. apa yang dia lakukan di luar tandas perempuan? mengintai?
2. dia bukan guru baru di sekolah itu. tak mungkin dia tak tahu pelajar perempuan memang selalu tinggalkan buku di luar tandas perempuan.
3. sekali lagi, di mana disiplinnya dia sebagai guru disiplin?

dan aku ingin nyatakan, setiap kali aku dimarahi dan aku berada di pihak yang benar, sesuatu akan berlaku kepada orang yang memarahi aku itu.

dan aku juga ada satu cerita yang aku simpan selama hampir 6 tahun sudah.

dulu kami pernah tinggal di rumah kedai. dan di muka pintu rumah kami memang kedai kami seluas kurang lebih 8x10 kaki. mlm. aku benci mlm. merugikan orang ramai dan merupakan salah satu beban terbesar yang ditanggung ayah aku sekarang. aku mahu bantah sejak mula dia masuk mlm tapi aku tahu ayah tidak akan dengar kata-kata aku. ya, siapa yang mahu dengar kata-kata anak yang belum pun mencecah umur 15 tahun?

ini orang kita punya persepsi. “kau masih muda. masih mentah. tak tahu dunia. tak faham apa-apa. kau jangan sibuklah. ini urusan orang dewasa.”

maaf, aku dah dewasa sejak umur 16. ya, teman-teman tak memandang aku sebagai rakan sebaya tetapi mereka melihat aku sebagai kakak. sejak umur 16 ada orang katakan aku sudah mencapai usia 22, yang mana usia itu akan aku capai dalam masa 1 tahun dan 6 bulan dari sekarang.

kembali kepada mlm. memanglah jual barang, tapi ketara orang yang di bawah cuma menguntungkan orang yang di atas. nyatanya sampai sekarang selepas enam tahun lebih bergiat dalam bidang mlm kami masih belum punya pendapatan lima angka dan kereta besar serta rumah mewah seperti yang dimomokkan dalam pamplet mlm itu.

suatu hari, jumaat [aku tak tahu malang apa hari jumaat dalam hidup aku.] seorang lelaki yang “sangat cerdik” masuk ke rumah tanpa beri salam - dan dia memang masuk ke rumah [ingat, kawasan kedai cuma seluas 8x10 kaki]. datang pada waktu orang sedang khutbah - jual beli adalah haram pada waktu orang solat jumaat. lelaki ini masuk ke dalam rumah dan mengintai-intai. kami di rumah sedang masak di dapur. dan aku perasan dia masuk ke bilik ibu. [ini kali pertama aku beritahu.] apa yang dicarinya di bilik ibu?

memang aku marah benar, aku layankan saja - walaupun aku tahu akad jual beli tidak sah; terpaksalah - aku mahu dia segera berambus. dan aku selitkan satu kertas yang aku tuliskan kemarahan aku di atasnya bersama cashbill. masalahnya - kertas itu sampai kepada orang yang salah.

ayah mengamuk keesokan harinya kerana ada orang mengadukan benda itu kepada ayah.

ya, aku dibelasah. dan bukan sekali itu. banyak kali aku pernah dibelasah. terutama sewaktu di tingkatan empat dan lima - ketika aku jatuh cinta kali pertama yang aku sendiri tak pernah mengakui itu cinta sehingga selepas tamat sekolah.

kalau mengira berapa banyak penggantung baju yang patah di badan aku memang tidak terkira. raket badminton, malah batang penyapu pernah patah di badan aku. dan aku tak tahulah kalau ada darah beku yang bersarang dalam kepala aku kerana kepala aku memang pernah dihantukkan ke dinding banyak kali oleh ayah – pertama kali sejak darjah tiga. mungkin itu yang membuatkan aku migrain.

apa yang berlaku kepada seseorang yang membuatkan aku benar-benar berasa aku dibela, itu biarlah aku saja yang tahu. ya, aku memang di pihak yang benar sebenarnya walaupun ada juga salah aku ketika itu bukan? melakukan jual beli pada waktu orang sedang sembahyang jumaat.

kembali ke kisah sebelum ini.

masih ingat apa yang aku tulis di atas?

i want a painful and slow death. semuanya kerana trauma masa kecil aku.

aku tahu mungkin ramai lagi yang punya trauma masa kecil yang lebih teruk daripada aku. ramai yang bermasalah dengan ibu ayah. aku tahu itu.

aku menulis ini bukan untuk menjatuhkan ayah. bukan memalukan ibu. aku tulis ini benar dari aku.

ini pengalaman hidup aku. dari kisah skizofrenia aku terbabas ke kisah hidup aku di sebalik tabir pandangan manusia lain.

ingat, tidak ada sesiapa yang sempurna.

aku bukan ayahku.

aku bukan ibuku.

aku adalah aku.

aku tidak mahu hidup dalam bayangan ayah. tidak mahu hidup dalam bayangan ibu. aku bukan mereka.

aku belajar ini pilihan mereka. aku keluar dari sekolah sains kesayangan aku yang aku usahakan untuk tetap di sana - juga kerana ayah dan ibu. aku tinggalkan dengan linangan air mata dan tanpa sengaja salah satu benda yang aku tinggalkan adalah semangat aku untuk belajar.

aku bukan anak yang biasa-biasa. aku lahir sebagai seorang genius. itu diri aku. kalian fikir apa yang aku buat sewaktu sekolah rendah? belajar? aku bermain di sekolah. jadi gangster buli pengawas. teman-teman aku belajar aku baca buku cerita.

salah satu kekecewaan aku sejak sekolah rendah adalah kerana aku tidak diterima masuk ke sekolah agama. sekolah agama di tanah kelahiran aku bukan sekolah agama petang seperti di malaya. sekolah itu adalah sekolah budak pandai.

aku direkomen oleh adi badiozaman tuah yang bertugas di jabatan pelajaran kuching ketika itu untuk masuk ke sekolah agama tetapi pejabat pendidikan bintulu menolaknya. aku ambil ujian sekali lagi dan lulus tetapi masih lagi tidak diterima. memang bukan rezeki aku.

alasannya, bagaimana aku boleh lulus ujian sedangkan aku tidak bersekolah? ya, aku bersekolah di tadika kemas kampung endap, kuching pada 1995 tetapi tidak pada 1996.

bagaimana aku boleh lulus ujian? bukankah aku kata aku genius? oh bukan itu saja. ya, ibu yang mengajar kami adik beradik di rumah. adik-adik aku lebih bernasib baik kerana mereka bersekolah sekurang-kurangnya dua tahun sebelum masuk ke sekolah rendah.

kenapa aku kecewa? sebab sekolah agama itu terletak beberapa langkah saja dari rumah aku. dan adik-adik aku empat orang masuk ke sekolah itu.

ya, mereka lebih bernasib baik.

kecewa aku dalam hidup ini aku coretkan dalam diari aku saja. ya, ini salah satu diari aku.

kalau ada sesiapa yang mahu bunuh aku, silakan.

aku katakan aku mahu kematian yang lambat dan menyakitkan. slow and painful death. itu saja yang aku pinta. itu manifestasi dari kehidupan yang aku lalui. sebuah coretan hidup aku yang hanya aku seorang lalui.

tidak ada dua orang yang sama laluan hidupnya di dunia ini walaupun mereka kembar siam. masing-masing punya pengalaman berbeza. kalau tidak masakan laden dan laleh sanggup melalui pembedahan - yang meragut nyawa mereka - semata-mata mahu melihat satu sama lain?

aku tahu aku tak sempurna.

maafkan aku.

aku tak suka apa yang aku belajar tapi aku cuba sehabis baik.

aku rasa aku ada sakit jantung tapi aku tak pernah beritahu kepada ibu dada aku selalu sakit. mungkin kerana dada aku pernah terhentak dengan kuat masa sekolah rendah dulu. jangan kata aku tidak mengamalkan gaya hidup sihat. aku cuba sedaya aku. setiap minggu aku pastikan aku berjalan kaki paling tidak tiga kali ke kelas. satu, kerana malas menunggu [bas dan teman serumah yang lambat, walaupun kadangkala aku juga lambat] dua, kerana aku mahu menjaga kesihatan aku.

oh ya sepatutnya aku habiskan entri ini pada ayat “bakal suami aku” tapi nampaknya aku sudah jauh ke bawah.

maafkan aku.

ampun, bonda. ampun yanda. ini benar kisah hidup kita. tolong jangan nafikan.

sekali lagi tawaran kalau ada yang mahu bunuh aku – pasti dia juga sakit jiwa. orang berakal tidak akan bunuh orang melainkan orang yang menjalankan hukum kisas- marilah bunuh aku, tapi dengan cara paling keji dan menyakitkan.

-aku yang psiko-
dinda

No comments:

Post a Comment