lama benar rupanya tidak mencoret di dunia dinda
ya benar aku sungguh sibuk akhir-akhir ini
dengan dunia yang tak tentu lagi bakal menjanjikan
syurga untuk aku
di dunia atau di sana
tak tentu arahku ini sebenarnya
hakikat hidup yang aku cari belum lagi terlihat jelas di mata aku
yang itu aku kejar hingga dapat
sekejap cuma bahagianya lantas pahit terpaksa aku telan
dan berulang lagi
aku sekadar mencicip di atas sedangkan yang besar di bawahnya tidak dapat langsung aku sentuh
berulang kali terjadi begini
apa rasa hati aku
apa jadi dengan minda bawah sedar aku
percaya dalam diri aku ini
sudah luput sebenarnya
pada siapa pun
pada apa pun
barangkali untuk mengingatkan aku bahawa pencipta itu ada
dan tak pernah meninggalkan aku
No comments:
Post a Comment